Potluck pertama 2015

Liputan tertangguh lagi

Tarikh : 1 Januari 2015

Sempena menyambut kehadiran tahun baru merangkap kepada menghidupkan semula tradisi potluck yang selalu unit kami buat dulu kala..kami bertujuh ahli unit semua sebulat suara bersetuju bawak potluck pd hari tersebut.

Jom layan gambar

1420079624345

pencuci mulut by kak Mai

1420079624486

choclate brownies sedap nak pengsan bos buat special order, kami request..selamba je kan.

UPP tu nama unit kami (Unit Pembangunan Profesional)

1420079626172

Puding buah special order by kak Mai

1420079625985

abaikan tangan gebu tu..hihi..konsep nasi campur.Menu yg ada : gulai labu bersama kacang panjang (Ain),sambal sotong (Fidah Md Noor), nasi putih (Adi), udang goreng sambal pecah telur (Awin), ulaman bersama sambal belacan dan ikan kering (Iba), ayam goreng berempah (myself), air panas sejuk (Fidah K), pencuci mulut aiskrim dan puding (kak Mai) dan kek dari bos.

1420079626271semangat tau makan sambil berbual beramah mesra…

1420079626563

Bulan ni konsep potluck soto..tarikh tak tau lagi bila..tunggu eh

Enrty pertama 2015

Liputan tertangguh

Kenduri kesyukuran merangkap house warming rumah adik

Tarikh : 3 Januari 2015

Mak, abah, kakak dan anaknya datang dari Batu Caves. Diimport khas dari jauh utk memeriahkan majlis.2 malam mak abah tido rumah kami. Kakak dan anaknya tido rumah adik.

Ada la buat sikit manisan sebagai pencuci mulut untuk tambah-tambah menu masa kenduri tu.Buat mana yg sempat, tak banyak pun. Macam tak sedap pulak tak bagi apa-apa..jadi la kan..buat pun yg mudah je…

1420247785541

percubaan pertama bancuh sendiri dadih strawberry dan coklat

1420247785796

percubaan pertama buat puding lapis oreo..lapis tak jadi..huhu

1420247783925

percubaan pertama chocolate bubble rice

1420275431724

sekalikan sambutan birthday anak kakak dan anak adik.kek sedap dan cantik

1420247784225

sepanjang majlis..anak-anak sibuk main..mak-mak sibuk melayan tetamu

Hari Terakhir 2014

Hari ni hari terakhir bertugas pada tahun 2014.Esok hari pertama bertugas di tahun 2015.

Harapan tinggi untuk 2015….sebab harapan tinggal harapan untuk tahun ini.

Moga episod gembira mengiringi tahun 2015 dan tinggalkan peristiwa pahit sebagai kenangan untuk tahun ini.

Malaysia bersedih dgn kejadian kehilangan MH370, kemusnahan MH 17 , kejadian banjir seluruh Malaysia terutama pantai timur dan terkini terhempasnya pesawat AirAsia QZ8501.

Kami juga ada peristiwa sedih Oktober lalu yang masih terpahat sehingga kini. Meninggalkan kesan mendalam dan calar di hati….untuk memujuk hati, kita perlu move on.

Langkah pertama adalah pindah dari tempat lama ke tempat baru. Dengan harapan dapat meningkatkan semula semangat yang makin nipis hari demi hari..

Sweet Sunday

Thanks bos..u are so sweet tau…menceriakan hari Ahad saya, sampai je opis, ada benda atas meja!

2014-10-19 08.05.44 makan cekelat Cadbury tanpa ragu sebab bos beli kat Aussie

2014-10-19 08.54.03Sorang lagi insan sweet di pagi hari ni… Thanks Mala bawakkan laksam yg sangat sedap..Will miss you with your sweet daughter Mawa,  nasi kerabu , gulai and laksam..sedihhhh

LIEBSTER AWARD

Menjawab 11 soalan dr blog http://travelogfreena.blogspot.com/2014/10/liebster-award-award-blog-saya-yang.html untuk LIEBSTER AWARD

1.Apa yang membuatkan anda tersenyum?

gelagat anak

2.Apa perkara pertama yang anda suka lakukan pada waktu pagi?

tengok anak tidur

3.Adakah anda suka bertemu dengan orang baru?  Nyatakan sebabnya.

dapat tahu cerita org lain

4.Filem/Drama/Novel  apakah yang anda paling minat? Kenapa?

Papadom 1 & 2 – filem kelakar dan touching – kasih sayang anak dgn papanya

5.Apakah perkara yang paling anda hargai dalam hidup anda?

keluarga dan dilahirkan sebagai seorang ISLAM

6.Apakah post yang paling menarik dan paling  anda minati dalam blog anda? (sila beri link)

https://nurainsz.wordpress.com/2014/09/08/selamat-ulang-tahun-yg-pertama/

7.Bagaimana anda mendapatkan nama untuk blog anda?

barisan ahli keluarga saya

8.Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan.

manis, serius, moody

9.Apakah tiga perkara yang anda tidak boleh hidup tanpanya?

Emak, anak, suami

10.Jika sekiranya anda diberi pilihan untuk  tinggal dimana-mana sahaja didunia ini, dimanakah tempatnya dan kenapa?

Malaysia, Kg Baru Batu Caves- my home town

11.Siapakah sumber inspirasi anda

Nabi Muhammad S.A.W

Masak dan makan sempena Raya Korban

Dok rumah sepanjang hari. Seben keje pagi so lepas masak yg mula bersemangat dr hari Sabtu lagi makanya ajak la kengakawan yg tak balik beraya datang rumah makan sama. Nampak tak kite bosan dok rumah??  Menu yg saya masak :

2014-10-04 16.21.01Lasagna kiri . Makaroni bakar sebelah kanan. Rupa sebelum dibakar

2014-10-07 08.09.41Rupa selepas dibakar..memang tak de rupa langsung !

2014-10-07 08.16.002014-10-05 16.22.23

Isi dalam lasagna . Leceh buat benda alah ni. So sekali buat bagi kat family, bawak gi opis..memang abiskan terus sekotak pasta lasagna yang dibeli ready made.

2014-10-05 16.23.26Makaroni bakar. Tengok rupa mcm tak de selera nak makan..cuba dulu baru tau..haha

2014-10-05 16.23.09Bihun sup

2014-10-05 16.21.25Moist chocolate cake yg tinggal satu ngap je lg nak dihabiskan. Buat portion kecik je

2014-10-05 16.24.06

Agar-agar konyaku laici sebagai pencuci mulut

MIL bagi daging korban sikit sebab rumah kami tahun ni tak dapat langsung daging korban.So Jumaat pagi lepas, pagi lagi dah merendang katanya..

IMG-20141010-WA0007

Makan dengan nasi lemak berlauk. Tambah lagi satu lauk sambal sotong

2014-10-10 09.54.24

5D 4N @ Langkawi – Part 2

Ok, kali ni kite blanja kat tempat yg kami semua staf seramai 9 org ni stay, Resort World Langkawi (as known as Awana Porto Malai). Meritus tu tempat bertugas je. Snap persekitaran je..kat dlm bilik tak berapa nak best so tak ambik la gambarnya.

2014-09-22 16.35.42 2014-09-22 16.36.59 2014-09-25 08.16.31

rumah Ombak Rindu kat atas bukit nun..buka biasa-biasa tau!

2014-09-25 08.17.55

2014-09-25 08.19.15 2014-09-25 08.21.55 2014-09-25 08.22.14  2014-09-25 08.27.24

5D 4N @ Langkawi-Part 1

Bunyi tajuk mcm best padahal bukan pegi bercuti pun..

21 September-25 September 2014 bertugas di Langkawi..dah rasa mcm dok di kepulauan gitu…

Sebelum tu dah bercuti sakan bersama suami dan anak-anak sempena cuti sekolah. 14-17 Sept di KL balik rumah my parents.Sambung cuti di Mersing pd 18-20  Sept sebab ada wedding di rumah MIL..adil bukan???. Kali ni citer hal kat Langkawi.Ni part 1 baru…Hal balik KL tu citer kendian (dh mcm songsang lak)

Nama pun bertugas di Langkawi..so snap gambar pun ala bertugas la kan, tak sakan mcm bercuti. Ni namanya menyelam sambil minum air. Rasa tak berapa nak best pegi Langkawi sebab time dah gaji la pulak kami fly balik JB!!!. Moh layan gambar-gambar yg sempat snap.

Ni gambar yg kite petik kat Meritus Pelangi Bewach Resort & Spa Langkawi. Banyak petik gambar.Nak citer lebih tak reti sebab nampak sangat la tak stay kat tempat ni kan..haha..jom cuci mata! (sorry belanja gambar yg tak berkualiti tinggi, maklum la petik dgn henpon murah)

2014-09-22 12.41.19 2014-09-22 12.42.02 2014-09-22 12.42.42 2014-09-22 12.43.25 2014-09-22 12.43.45 2014-09-22 12.44.18 2014-09-22 12.46.34 2014-09-22 12.46.59 2014-09-22 12.47.24 2014-09-22 12.47.36 2014-09-22 12.48.20 2014-09-22 12.48.38 2014-09-22 12.48.48 2014-09-22 12.49.06 2014-09-22 12.50.06 2014-09-22 12.50.17 2014-09-22 12.50.31 2014-09-22 12.51.00